Sunday 27 March 2011

Sekapur Sireh dari Tuan Guru Besar


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  lhamdulillah segala puji pujian dan keagungan milik Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan inayah dan rahmatnya jua kita berjaya melangkah ke tahun baru 2011. Bersama-samalah kita mengatur langkah dan strategi untuk menempuh cabaran baru sebagai sebuah pasukan yang saling bekerjasama bagi merealisiasikan aspirasi yang telah ditetapkan dalam visi dan  misi sekolah ini.
BLOG Sekolah ini dirangka bertujuan memaparkan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan sekolah bertujuan untuk melicinkan lagi perancangan, pengurusan serta memberi garis panduan kepada sekolah serta warganya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan program sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia mengamalkan 6 bidang keberhasilan Negara (NKRA) dan meluaskan akses pendidikan berkualiti dalah peranan yang melibatkan guru-guru secara langsung iaitu :
-          Menjelang 2020, semua murid normal boleh menguasai 3M
-          Sekurang-kurangnya 80% murid telah mengikuti pra sekolah
-          Menjelang 2012 seratus buah sekolah berprestasi tinggi di Malaysia
-          Bai’ah (New Deal) & Intensif untuk Guru Besar dan Pengetua berdasarkan Pencapaian Sekolah
-          Meningkatkan kadar penyertaan murid dalam bidang vokasional
-          Mata pelajaran Sejarah mesti lulus dalam SPM
-          Semua sekolah mempunyai kemudahan elektrik 24 jam
Perancangan yang strategik serta penyusunan program yang berkualiti InsyaAllah akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang . Komitmen dan pengorbanan semua pihak amat perlu bagi mencapai hasrat dan cita-cita yang diharapkan.
            Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Penolong-Penolong Kanan, Ketua-Ketua Panitia, semua guru dan kakitangan dalam member kerjasama bagi mengasilkan BLOG ini.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMMAD HASAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sabak

No comments:

Post a Comment