Sunday 27 March 2011

PENGENALAN SEKOLAH KEBANGSAAN SABAK

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah  memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan tehadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

VISI
Ke arah Kecemerlangan

MISI
Mencapai Kecemerlangan Melalui Kerja Sepasukan

MOTO
Ilmu Pedoman Hidup

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA  MALAYSIA
Mendokong cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik,  mencapai suatu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal  terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

·           Kepercayaan Kepada Allah
·           Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
·           Keseluruhan Perlembagaan
·           Kedaulatan Undang-Undang
·           Kesopanan dan Kesusilaan


ETIKA KERJA ISLAM
1.          Bekerja dengan azam mengabaikan diri kepada Allah
2.          Bekerja dengan Ikhlas dan Amanah
3.          Bekerja dengan Tekun dan cekap
4.          Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
5.          Bekerja dengan matlamat kebahagian manusia sejagat
6.          Setiap kerja disegerakan tanpa bertangguh-tangguh


7  TERAS PERKHIDMATAN 
 
1.          Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2.          Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3.          Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4.          Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
5.          Bekerja ke arah memajukan pemikiran
6.          Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
7.          Berpegang teguh kepada ajaran agama

FALSAFAH SEKOLAH
 
MURID  :           Semua murid berpotensi untuk mencapai perkembangan    yang seimbang dalam bidang  intelek, emosi, rohani dan jasmani. Seluas-luas peluang akan diberi kepada murid untuk berkembang dalam semua aspek hidup asalkan tidak bercanggah dengan Hukum Allah, budaya setempat dan hukum adat.

GURU   :           Kami pendidik mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk memberi pendidikan yang baik serta bermutu kepada murid-murid di sekolah ini.


No comments:

Post a Comment